
Pembekal Anak Pokok Sawit yang Dipercayai

Mengenai Kami
Green Project Nursery Sdn Bhd ditubuhkan pada awal tahun 2014. Bermula dengan skala yang kecil, kini mampu menampung 150 ribu anak pokok sawit. Pelanggan kami terdiri daripada pekebun kecil dari ladang yang bersaiz sederhana dan besar. Untuk memberikan kualiti terbaik dan kepuasan kepada pelanggan, kami sentiasa memastikan operasi penjagaan dan kawalan dilakukan dengan betul. Green Project Nursery telah dianugerahi sijil CoPN (Code of good Nursery Practise for oil Palm Nurseries) Secara langsung menjadikan kami panel pembekal kepada MPOB. Bukan itu sahaja, kami merupakan ahli MOPNA (Malaysian Oil Palm Nurseries Asscociation) di mana kami berkongsi maklumat dan pengetahuan agar piawaian tapak semaian kami berada pada tahap yang terkini dan patuh kepada SOP yang ditentukan.
Visi & Misi
Visi
Kami Berusaha untuk memupuk perniagaan lestari bagi industri sawit dengan mengeluarkan hanya anak pokok yang berkualiti tinggi kepada pelanggan

Misi
Kami akan menjaga dan mengawal keseluruhan operasi tapak semaian berpandukan teras yang kukuh agar dapat menghasilkan anak benih yang berkualiti sakaligus mencapai visi kami secara konsisten

Jaminan

Melalui pengalaman kami dalam penyemaian benih kelapa sawit, kami sedar bahawa kualiti sebiji benih menentukan kualiti buah yang dihasilkan oleh sepohon pokok. Oleh itu kami menggunakan biji benih kelapa sawit yang terbaik daripada pembekal yang dipercayai untuk menghasilkan anak pokok sawit yang berkualiti tinggi.

Kami sangat memahami kehendak para pelanggan untuk mendapatkan produk terbaik dari hasil semaian dan servis syarikat kami. Oleh itu, kami sangat bersungguh-sungguh dan komited menyemai setiap biji benih dengan mematuhi dengan ketat semua peringkat tumbesaran anak benih bagi memastikan anak pokok yang di hasilkan adalah yang berkualiti tinggi

Semua pemilik ladang mengharapkan anak benih yang berkualiti tinggi yang mana akan membuahkan hasil yang lumayan di masa akan datang, sekaligus memperbaiki taraf ekonomi hidup. Kami memahami keperluan dan harapan setiap pelanggan. Oleh itu kami akan memastikan produk kami pada tahap yang terbaik bagi menjamin masa depan yang cerah bagi semua
Lesen & Persijilan

Code of Good Nursery Practice for Oil Palm Nurseries

Kursus Pengurusan dan Penyelengaraan Nurseri Sawit

Persatuan Pengusaha Semaian Sawit Malaysia

Lesen Berniaga

MPOB

SSM
Produk Kami
Purata FFB: 32.81 metrik tan/hektar/tahun
Asal: Baka Yamgambi
Purata FFB: 33.2 metrik tan/hektar/tahun
Asal: elit Deli Dura x elit AVROS Pisifera
Purata FFB: 34 metrik tan/hektar/tahun
Asal: Deli Dura pedigree x Dumpy Yangambi AVROS pisifera
PENAFIAN: Semua data kami diperolehi daripada pelbagai pihak, seperti Seminar GASSB Palm Palm 2017 yang bertarikh 8-10 Mac 2017, yang dilakukan oleh Tan Joo Sheng, PhD (Ketua Jabatan Breading Palm Oil FGV R & D S / B; Sime Darby Palm Oil Sime Darby Brosur klon dari ISP NATSEM’16, Lembaga Getah Malaysia dan Lembaga Minyak Sawit Malaysia. Green Project Nursery Sdn Bhd tidak akan menerima apa-apa liabiliti walau apa jua kesilapan atau ketinggalan.
Servis Kami
Penanaman & Lining
Anggaran
Harga
Skim Tanam Semula
Perkhidmatan Pengangkutan
Hubungi Kami
Di sini untuk anda
Pejabat: 089 863639
Direktor -
Darren Lardizabal: 019 809 3639
Wakil jualan -
Felix Jainal: 019 896 6298
Mengenai Kami
Kami membekalkan anak pokok sawit yang berkualiti tinggi kepada anda
Kami di sini
Mile 9, Jalan Silam, Lahad Datu Town, 91118, Sabah, Malaysia
Di sini untuk anda
Pejabat: 089 863639
Direktor -
Darren Lardizabal: 019 809 3639
Wakil jualan -
Felix Jainal: 019 896 6298
Mengenai Kami
Kami membekalkan anak pokok sawit yang berkualiti tinggi kepada anda
Kami di sini
Mile 9, Jalan Silam, Lahad Datu Town, 91118, Sabah, Malaysia